Sihat, Cantik Dengan Buah

Friday, February 13, 2009
0 comments
KAMU inginkan tubuh yang sihat dan cantik? Tidak perlu bersusah payah menabur wang ke salun. Malah, kamu juga tidak perlu mengubah amalan pemakan seharian kamu untuk menikmati kesihatan seimbang yang diidamkan. Apa yang perlu kamu lakukan hanyalah meningkatkan pengambilan buah-buahan selain sayur-sayuran yang tinggi kandungan seratnya.






Strawberry menghalus Kulit
Ia dianggap sejenis buah cinta kerana bentuknya mirip hati dan warnanya yang merah. Namun, khasiatnya lebih bermakna dari itu. Strawberry dikatakan mampu mengurangkan kadar kolesterol, kandungan vitamin C yang tinggi amat baik untuk kesihatan mata dan pertumbuhan. Selain itu, dengan pengambilannya setiap hari secara tidak langsung dapat membantu memutihkan gigi kamu dan paling utama ia dapat mencantikkan struktur kulit dan menghasilkan kulit yang lebih lembut serta cerah.

Mengawal berat Badan Dengan Kiwi
Ia kurang popular di kalangan remaja. Rasanya yang sedikit masam dengan struktur isinya yang agak berbiji-biji mungkin alasan mengapa ia kurang diminati. Namun, khasiat nutrien yang terkandung di dalamnya melebihi indeks isipadu buah-buah yang lain. Kiwi mengandungi antioksida semulajadi yang dikenali sebagai phenolics yang mampu menghalang serangan jantung. Malah, kiwi juga tersenarai sebagai buah paling ideal untuk mengurangkan berat badan. Ini memandangkan, kandungan vitamin C yang tinggi iaitu hampir dua kali ganda ini mampu memperbaiki kadar kesihatan kardiovaskular. Jadi amalkan cuma beberapa hirisan setiap hari.

Kurus Dengan Epal
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan “phytonutrient” yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Ia adalah satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Pir Melawas Penghadaman
Buah Pir atau nama saintifiknya Pyrus Communis kaya dengan kandungan vitamin C dan copper yang berfungsi untuk membantu membekalkan sumber antioksidan secukupnya bagi membantu melindungi sel tubuh dan kesan radikal bebas selain menjadi benteng kepada sistem imunisasi badan kamu. Kandungan serat di dalam buah ini juga mampu mengurangkan kolesterol. Malah serat yang terkandung di dalamnya juga dapat menyerap kandungan garam berlebihan di dalam darah untuk tujuan dicernakan menerusi pelawasan.


Hilangkan Selesema Dengan Anggur
Sememangnya anggur memiliki kandungan dan tahap antioksida yang tinggi iaitu flavonoids. Ia berfungsi untuk menghapuskan virus-virus yang menyerang hidung. Selain itu, ia juga berfungsi untuk memberi perlindungan terhadap jangkitan yang disebabkan oleh virus.


Diet Dengan Pisang
Khasiat yang terkandung di dalam sebiji pisang sama dengan khasiat yang diperolehi menerusi sepinggan nasi. Ia kaya dengan vitamin C dan kalium. Selain daripada baik untuk proses dietmu, pisang turut dipercayai amat baik untuk mereka yang menderita penyakit angin di dalam badan. Mereka yang pernah mengambil pisang secara teratur akan menyedari perubahan yang berlaku di dalam badan mereka.




Betik Memelihara Mata
Bagi kamu yang berkaca mata, betik adalah pilihan yang terbaik untuk memelihara mata. Ia kaya dengan serat dan vitamin A serta C selain kandungan karotena yang lebih hebat berbanding jambu batu. Selain itu, kandungan kalorinya yang cukup rendah juga paling membantu dalam proses pencernaan makanan untuk dihadam.
Tembikai Elak Masalah Kulit
Buah tembikai sudah diketahui memiliki pelbagai khasiat dan amat berguna dalam dunia perubatan. Ia amat kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, zink, magnesium dan lain-lain. Tembikai yang turut dikenali sebagai Citrullus Vulgaris ini amat mujarab dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti paru-paru, sakit kepala, paru-paru dan sakit kepala. Selain itu, dengan pengambilan segelas jus tembikai mampu memberikan tenaga serta kekuatan di kalangan warga emas serta mampu memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi kamu yang baru sembuh dari penyakit atau pembedahan.


Mangga Penawar Hernia
Ia juga dikenali sebagai Mangifera Indica ini digunakan dengan meluas sebagai agen penghilang dahaga serta membantu mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh dan berkesan menyembuhkan hernia. Hernia adalah sejenis penyakit yang melibatkan kantung kemaluan membengkak, ulu hati pedih dan sakit setiap kali selepas makan. Sejenis buah bermusim dari spesis Anacardiaceae, ia juga memiliki khasiat B karotin, asid askorbik, vitamin C, asid folik, B2, B3 dan vitamin A di samping fosforus serta kalsium.

Avacado Elak Serangan Jantung
Turut dikenali sebagai Persea Americana, Avacado merupakan antara buah yang kaya dengan protein, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan zat besi kalsium yang baik untuk tulang. Dianggarkan sebiji avacado mengandungi lebih kurang 300 kalori di mana 88 peratusnya adalah lemak. Ini bermakna kandungan ini amat berguna sebagai pelincir semulajadi yang membantu pergerakan sendi-sendi tulang terutama di bahagian pinggul, lutut serta pergelangan kaki dan tangan. Pengambilan buah ini setiap hari dikatakan mampu mengurangkan kadar peningkatan tahap kolesterol selain mengekalkan paras lipoprotein, iaitu sejenis kolesterol yang bagus untuk menghalang serangan jantung.

Lemon Menyerikan Kulit Wajah
Wajah kamu kusam dan nampak tidak bermaya? Apa kata kamu mencuba buah lemon yang dikatakan amat baik untuk menyegarkan semula drimu. Selain itu, hanya dengan percikannya sahaja sudah mampu menjadi terapi yang dapat memberi kelegaan kepada minda dan fizikal. Ini memandangkan, lemon mengandungi sumber vitamin C dan dan antioksida selain kaya dengan vitamin A, B1 serta asid nitrik yang mampu bertindak sebagai agen anti penuaan dan merangsang kepada pertumbuhan sel kulit mati
Read more »

Ayuh! Dapatkan Tubuh Idamanmu!

0 comments
KEBANYAKAN wanita menginginkan tubuh badan mereka kelihatan kurus dan langsing. Tetapi tidak semua wanita diluar sana bernasib baik untuk memiliki tubuh badan idaman. Tidak kiralah sama ada mereka seorang atlet sukan atau memiliki bentuk badan yang out of shape.Pentingnya di sini ialah dietari pemakanan dan senaman harian perlu dilakukan dengan penuh berdisplin.
Barulah kamu akan berjaya mendapatkan bentuk tubuh idaman. Antara tips-tips untuk kamu mendapatkan bentuk badan idaman yang boleh kamu amalkan adalah seperti dibawah:-


Give Up Soda
Ini adalah benar – Soda mengandungi banyak kalori di dalamnya dan ia juga dapat menbantu kamu berjaga seharian. Tetapi soda boleh menyebabkan gigi kamu mengakis dan saiz pinggang kamu semakin bertambah tanpa sebarang amaran. Malah minuman bergula memberikan kesan acidity terhadap saliva pada bahagian gigi kamu, besar kemungkinan ia mempercepatkan lagi pertumbuhan kaviti pada gigi. Tambahan pula penggunaan berterusan soda dan minuman bergula lain akan memberi kesan pada gangguan proses pencernaan. Jika kamu boleh mengurangkan pengambilan soda dalam minuman seharian dan belajar menggantikannya dengan segelas air suam setiap hari. Percayalah bahawa air sangat baik untuk tubuh badan kamu, dapat membantu membuang toksin daripada tubuh badan, dan akan sentiasa memastikan kamu hidrat selalu. That’s a lot more than we can say for soda!

Pass Up Salty, Greasy Fast Food
Kamu perlu mengurangkan pengambilan makanan segera seperti KFC, MC Donalds, kentang goreng dan sebagainya. Kebanyakan makanan segera ini mengandungi banyak serbuk perasa tiruan, garam, dan minyak yang berlebihan. Jika kamu ingin mendapatkan bentuk tubuh idaman, maka kamu perlu mengurangkan pengambilan makanan segera ini. Kamu cubalah kurangkan jumlahnya dan gantikanlah burger dengan memakan salad, buah-buahan segar, atau sandwich.

Shut Out The Sugar
Coklat dan candy adalah makanan kegemaran kaum wanita, maklumlah rasa kedua-dua makanan ini sedap dan manis. Tapi kalau kamu selalu amalkan memakan coklat dan candy tanpa kawalan, kalori gula boleh terkumpul di bahagian perut, kaki, dan pinggang kamu. Jadi apa yang patut kamu lakukan? Caranya mudah sahaja iaitu kamu perlu tukar kepada mengamalkan makan lobak merah dan biskut bijiran apabila kamu berasa lapar. Gantikan ia sebagai snek ringan apabila kamu terasa ingin mengunyah sesuatu ketika menonton tv atau membaca. Kamu perlu kurangkan pengambilan makanan yang manis dan bergula dalam diet seharian. Lebihkan makanan yang mengandungi fiber dan serat tinggi seperti oat, biskut bijiran, dan cereal.

Stop Eating Before Bed
Kadang-kadang tanpa rasa ragu, kamu selalu makan berlebihan ketika menjelangnya waktu hendak tidur. Kamu rasa seronok dapat tidur dengan perut yang kenyang dan rasa puas hati. Tapi jika kamu menghadkan masa makan secara konsisten, percayalah kamu dapat elakkan daripada tubuh badan kamu menjadi gemuk dan obesiti. Jikalau sesekali kamu ingin mengunyah sedikit snek sebelum masuk tidur apa salahnya, cuma jangan dijadikan satu amalan sudahlah. Sepatutnya kamu tentukan rutin pemakanan harian kamu, kalau boleh biarlah yang berkhasiat dan seimbang. Sebab semasa tidur kamu tidak memerlukan tenaga yang lebih jika dibandingkan ketika kamu bekerja.

Effort Exercise
Senaman adalah cara terbaik untuk kamu mendapatkan bentuk tubuh badan yang diidamkan. Tidak kiralah sama ada kamu melakukan senaman seperti berjalan, berjogging, berbasikal, berlari, berenang dan sebagainya. Malah dengan amalan bersenam ia dapat menjaga tubuh badan, minda dan jiwa kamu sekali. Lakukan senaman mengikut kesesuaian dan keperluan tubuh badan kamu. Pastikan kamu melaksanakan diet seimbang, lakukan senaman secara harian dan kamu boleh dapat pelbagai bentuk badan yang diidamkan. Kamu perlu ingat bahawa setiap individu memiliki bentuk tubuh badan yang berbeza. Jika kamu kurang pasti berjumpalah dengan pakar pemakanan bertauliah terlebih dulu, dan dapatkan nasihat mereka sebelum kamu mengamalkan sebarang dietary atau memakan mana-mana dietary suppliments.
Read more »
 

♥ Million Thanks ♥

Trafik

Páginas

Our Hot Fan!

We On FB

♥ Our Hot Follower ♥

♥ Our Hot Gorgeous ♥

♥ Million Thanks ♥

Cari Koleksi

Ruang Salam & Pertanyaan

 

© 2010 Love Life, It Will Love You Back.